✿ Derma ikhlas ✿

Wednesday, February 20, 2013

Kenapa Senyap Je???!!!!


Dari tadi panggil Aliff... Aliff!! Aliff!!..senyap je dia..una panggil lagi..tiba-tiba dengar suara dia.. dengar punat kipas di tekan tekan..rupa nya Aliff ada dalam satu bilik kat umah ni..huhu..rupanya ada kerja yang Aliff buat..huhu

jom kita tengok apa yang aliff buat dalam bilik sorang-sorang

senyap-senyap una masuk dalam bilik tamu kat umah una ni..terkejut tengok Aliff macam ni..huhu
Pandai pulak dia buka drawer meja ni & masuk dalam drawer tu..

Sayang mama tak sedar lagi mama masuk & snap gambar kegiatan dia..
Aliff tak tau ke mama risau bahaya tergelincir ke ape.. 

tekan lagi Aliff..konon macam takde sape tengok Aliff kan..tup-tup Aliff pusing je tengok mama ada tengah pandang Aliff..Baru sedar mama perhatikan dia..hahhaha

dah dah Aliff..jom kuar..mama dah start marah..macam ni ke gaya anak mama takot bila mama marah Aliff..huhuhu..


ni la Aliff..bila dia senyap je tak kacau mama dia buat keje, mesti ada keje dia yang tersendiri yang dia buat..hehe..sekarang dah tetrjawab kenapa Aliff senyap je, takkacau mama buat keje..
Mama sayang Aliff
mmuuahh


ok ni je nak share..jmpa lagi 



Monday, February 18, 2013

selamat ulang tahun, sayang


Dah beberapa hari tak update blog..sempena birthday en.asben semalam, 
una update la si blog ni.

semalam 18hb en.asben sambut birthday yang ke-..... hehe..xleh gtau. ekceli takde celebrate sangat pun.. biasa-biasa je. maklumlah umo dah bertambah.. disebabkan kitorg ni jenais yang kurang suka makan kek, so, kitorg sambut dengan benda lain je lah..makan pizza je..ok jugak la..

ni gambar ihsan en.google je
tak sempat nak bergamba ngan pizza..cilok en.google punya gambar je lah..maaf ye en.google..hihi

Apepun una doakan agar en.asben tersayang sentiasa dimurahkan rezeki, sayang una & Aliff sesayang sayangnya, sentiasa mendapat rahmat & barakah daripada Allah SWT 

SELAMAT HARI LAHIR, abg..we love u so much..

ok ni je update kali ni..
daaaa
jmpa lagi next time

Wednesday, February 13, 2013

CNY di Alamanda


selamat petang All.. Lama jugak una tak update blog ni.. Teringin nak update, tapi masa tak mengizinkan. Hari ni ada skit masa ni, boleh le nak meng"update" aktiviti una sekeluarga selama tak update blog ni...

jom layan gambo aktiviti una sekeluarga sekitar Chinese New Year baru-baru ni di Alamanda, Putrajaya..jom!!!

Sampai je kat Alamanda ni, Aliff nampak bende alah ni..terus dia tunjuk & cakap "nak"..dah tak boleh nak elak, terpaksala layan jugak si Aliff ni..

muka kenyang..hehe

dah tak larat round dalam Alamanda tu, jalan kat luar pulak..Aliff terasa bebas

penat jalan-jalan..minum dulu..Air masak pun air masak lah..bantai je..asalkan boleh hilang dahaga..

Aliff teruskan misi nya..

Aliff dapat bolos dari tokwan..taknak di pegang-pegang..nak bebas

tiba-tiba mama Aliff intefrem pulak..huhu..

u all mesti penah pegi sini kan..Una bawa pn dah banyak kali jugak sampai sini, tapi kali ni bawa mak, ayah & adik pulak.

 


Monday, February 4, 2013

Perkataan harian Aliff "pandai"

salamat malam..hari ni una sangat bahagia dengan perkembangan Aliff..dia sangat berminat dengan buku..siap semalam pegi GIANT, dia pegang buku ABC bergambar terus taknak lepas-lepas lagi buku tu..dah kene belikan buku tu untuk dia. Balik je rumah asyik ngadap buku tu je..memang dia Aliff hargai betul buku pertama yang dia dapat.

Bangun je tidur pagi tadi saja-saja je una tanya dia "sape pandai, angkat tangan"..Aliff angkat tangan..seronok sangat.sebab selama ni una tanya, dia tak angkat tangan pun. Bila papa aliff balik, tak menyabar mama aliff gtau kat papa..bila papa Aliff tanya soalan yang sama, dia bagi respon yang sama..hepi sangat-sangat tengok tumbesaran Aliff yang amat memberansangkan..

jom layan gambo si Aliff..

baca buku, mata pandang ke lain..betul ke Aliff baca ni..hehe

dah boring ni pulak mainan dia..bedak mama dia pulak jadi sasaran..dah tu buat muka tak bersalah

merajuk kejap..kena marah ngan mama

ni pic hari lain..still dengan buku..Majalah mama pun Aliff baca ea..

ok ni je nak share..

tq sudi baca

✿ Tabung Aliff ✿