✿ Derma ikhlas ✿

Wednesday, March 27, 2013

Kek Lapis Versi uNa

Last week una ada buat entry pasal una buat kek lapis versi una..tapi malangnya tak sempat nak ambil gambar..alangkah sedeynye..Dah tu ada pulak yang request nak tengok gambar kek lapis tu..untuk tidak menghampakan permintaan tersebut, una buat la semula kek tu..
jom kita tengok, santik tak kek lapis una..hehe


haaa..ni dia kek lapis versi una..cun kan kaler dia..huhu..puji sendiri je la..tak kan nak tunggu orang lain puji kan?kan?kan? ini una buat setengah adunan je sebab makan bertiga je..tak ramai pun..

Ni haaa..kek bila dah dipotong..w/pun ada kecacatan disebabkan kecuainan una, tapi, rasanya sangat sedap..yum..yum..


tu dia..my hero dah rasmi dulu kek mama dia..sedap le tu klau aliff ni makan..maklumla..si budak kecik ni memilih skit bab2 makanan ni..Klau dia tak suka, dia terus "uwekkk" je..memang tak banyak cakap dah..

tengok..si kecik Aliff tengah layan makan kek, panggil nak snap gambar pun, dia dah buat tak tau..

ok..kek dah tengok..so, sekarang kita tengok resepinye pulak..

BAHAN-BAHAN :-
5biji telur (dari peti ais)
2cwn tepung gandum
1/2 cwn gula (leh tambah or kurangkan)
1sb ovallete
1sk baking powder
150ml susu cair
1sk esen vanilla
secubit garam
100ml minyak masak/ minyak jagung
beberapa jenis pewarna yang dibenarkan (una guna 3 je)

1. panaskan pengukus, sapu mentega pada dulang..
2.Ayak tepung dengan baking powder
3. masukkan semua bahan dalam mangkuk mixer termasuk tepung yang telah diayak tadi.kecuali minyak & pewarna..gaul sebati dengan menggunakan mixer 
4. masukkan minyak, bila dah sebati, bahagi sama banyak mengikut warna yang kita nak..
5. masukkan lapisan pertama dalam dulang..kukus 5-10minit..then buat lapisan ke dua, ke 3 & sampai habis..(ulang step yang sama)
6. sejukkan sebentar, then potong & sedia untuk di makan..

ok selamat mencuba..peace yooo..


Saturday, March 23, 2013

SEGALA YANG BERLAKU..


huh!!! Lama bebeno rasanya una tak menghupdate blog ni dik kerana kekangan masa yang amat suntuk dengan kerja-kerja berkaitan kekeluargaan..ceeewaah.. Nak update skit la pasal apa yang berlaku selama una menyepi ni..

1. BALIK KAMPUNG & CELEBRATE ANNIVERSARY
Balik kampung dua minggu lepas.. Alahamdulillah una hepi sangat dapat jumpa family semua..yang paling best, dapat hadiah dari en. asben sempena kitorang punya anniversary yang ke-2..nak tau tak una dapat hadiah pe?hehe..nak tau ke, xnak ke..nak gtau jugak.. dapat smartfon sony experia J je.. walaupun harganya tak beriban riban..tapi una tetap hargai jugak..coz I LOVE U my dear M.Husni Yusop..

2. ALIFF KENA CHICKEN POX
alahai anak mama kene chicken pox pulak..kesian mama tengok..siap ada ulser dalam mulut.dah tak lalu makan..Aliff sebelum ni tak pernah meragam beriya, bile demam ni dia meragam..Nak nyusu tak boleh sebab sakit mulut..Alhamdulillah..sekarang dah ok.

3. KURSUS SPA
Sabtu lepas una baru je selesai kursus SPA kat ILIM, Bangi..Walaupun penat, tapi enjoy dengan aktiviti yang dijalankan untuk peserta. Dengan bangganya en.asben jaga si bambam Aliff dari pagi sampai petang. Alhamdulillah, aliff pun faham & sporting..tak de meragam walaupun firsttime kne tinggal..

4. KEK LAPIS VERSI UNA
Alhamdulillah..una berjaya jugak buat kek lapis versi una dan dapat pujian dari en.asben & bapa mertua. Warnanya agak menarik.berkaler kali lagi..Aliff pun suke sebab warna warni.

Ni je yang una nak update untuk kali ni..Apa-apa pun..doakan kitorang sekeluarga sihat & bahagia selamanya serta dirahmati Allah..Aminnn..Jumpa lagi di next update..daaaa






✿ Tabung Aliff ✿