✿ Derma ikhlas ✿

Saturday, April 27, 2013

hepi birthday to you all berdua

Ehemmm..ehem.. Dah banyak hari jugak tak update blog ni. Alahamdulillah Aliff dah ok dari batuk berkahak tu. Ni Aliff takde kat umah..ikot papa dia kluar..mama kat umah amik skit masa terluang yang ada ni untuk update serba skit yang patut kat blog ni.. ada masa nanti, BW plak..In Shaa Allah..
ekceli tak tau nak update pe..jom layan gambo celebrate birthday cousin & adik ipar kat KFC carrefour Ampang

jom layannnn....

dah nama pun celebrate kat KFC, mesti ada la si Chikie ni

birthday boy & girl .. kembar mak lain, bapak asing & lain hari



potong kueh nya..potong kueh nya..pootong kuehnya sekarang..lalalala~~

my lovely heroes..muahh

Chickie jalan2..jumpa tamu

OMG..my lovely son takut tengok ayam besar..




with my lovely heroes

peace!!!!

sebahagian sedara mara yang datang meriahkan birthday party budak-budak ni..

tu je lah serba sikit yang una sempat update buat masa ni..
jumpa lagi..
daaaa..

Wednesday, April 10, 2013

~ Aliff Demam ~

9 April 2013
Siang hari Aliff aktif macam biasa. Malam pun sama..Lepas una bagi tidur tu, ok je..tiba-tiba Aliff terjaga malam nak susu, una bagi, dia macam nak muntah.. Dalam hati dah mula rasa pelik.. Aliff meragam sampai muntah-muntah.. Lepas muntah, dia ok.. Dah boleh tidur macam biasa.

10 April 2013
Pagi ni Aliff bangun macam biasa jugak. Tapi batuk.. Sebab rasa tak sedap hati, una ajak en.asben pegi amik ubat dulu sebelum en.asben masuk keje.. Doc cakap mungkin sebab cuaca yang tak menentu sekarang ni.. Dah Balik, makan ubat, petang nafas ada bunyi-bunyi kahak & agak laju.. Tapi aliff still lagi aktiff.. banyak meleter walaupun nafas dah macam semput.. 

una call en.asben ajak bawa gi klinik lagi, lps amik NAb, ok skit.. Balik rumah ada pulak bunyi nafas tu..Haduuuhhh..susah hati betul la.. Lps maghrib bawa g klinik lagi, doc just bagi NAb, then doc suruh datang amik nab lagi pagi esok (11/4/13)..

Dah pukul 11 nafas Aliff laju jugak.. Kali ni bawa g Hospital Selayang pulak.. Doc cakap batuk biasa je, bukan athma.. 2 kali bagi NAb pun masih ada bunyi jugak.. Tapi Aliff dah meraung-raung nak keluar dr bilik rawatan tu..dah bawa keluar, siap tunjuk arah kereta.. Dah mati-matian tak nak masuk lagi bilik rawatan..so, una bawa g kat kereta, terus berenti menangis & tido sampai orang yang nak chek Aliff tu kne datang chek kat kereta..huhu..

dah sampai rumah, Alhamdulillah Aliff agak "boleh".. Terjaga pukul 4 pagi, menangis..una sentuh badan dia, demam la pulak. Terus bagi ubat demam, then lepas tu tido sampai pagi.. hope Aliff xde ape-ape & cepat sembuh.. 
Aunty-aunty, uncle-uncle semua, doakan Aliff cepat sembuh ek

Wednesday, April 3, 2013

fon dalam washing machine


ekceli insiden ni jadi hari ahad last week..ni baru sempat nak update kat soi blog kesayangan ni..citenye macamni..mulanya adik asben mintak nak main game kat fon asben una la..last last bateri nak abis, dia letak je atas meja tv tu..then, en.asben pegi surau sembahyang isyak..dia balik dari surau je, tetiba tanya una "fon abg mana ek..nampak x?' una pun jawab "ntah..tak nampak pun..tadi ada kat tv tu,,cce tengok kat tv..sambil tengok2 kat tv tu en asben cakap "takde pun"..rasa cuak pun mula timbul sebab aliff si kecik sepupu dia ni suka sangat campak barang ke bawah..masing masing melilau satu rumah cari fon..

Dah lama cari tak jumpa jumpa jugak..en asben siap turun bawah tengok tengok kalau kalau budak budak ni campak ke bawah, tapi takde jugak..last last biras una nak sidai baju,dia amik baju dari washing machine, terkejut giler bila tengok "merah" je dalam tu..dia ambil skali, tengok2 fon en asben...huhu..dah tido talena malam tu

Wednesday, March 27, 2013

Kek Lapis Versi uNa

Last week una ada buat entry pasal una buat kek lapis versi una..tapi malangnya tak sempat nak ambil gambar..alangkah sedeynye..Dah tu ada pulak yang request nak tengok gambar kek lapis tu..untuk tidak menghampakan permintaan tersebut, una buat la semula kek tu..
jom kita tengok, santik tak kek lapis una..hehe


haaa..ni dia kek lapis versi una..cun kan kaler dia..huhu..puji sendiri je la..tak kan nak tunggu orang lain puji kan?kan?kan? ini una buat setengah adunan je sebab makan bertiga je..tak ramai pun..

Ni haaa..kek bila dah dipotong..w/pun ada kecacatan disebabkan kecuainan una, tapi, rasanya sangat sedap..yum..yum..


tu dia..my hero dah rasmi dulu kek mama dia..sedap le tu klau aliff ni makan..maklumla..si budak kecik ni memilih skit bab2 makanan ni..Klau dia tak suka, dia terus "uwekkk" je..memang tak banyak cakap dah..

tengok..si kecik Aliff tengah layan makan kek, panggil nak snap gambar pun, dia dah buat tak tau..

ok..kek dah tengok..so, sekarang kita tengok resepinye pulak..

BAHAN-BAHAN :-
5biji telur (dari peti ais)
2cwn tepung gandum
1/2 cwn gula (leh tambah or kurangkan)
1sb ovallete
1sk baking powder
150ml susu cair
1sk esen vanilla
secubit garam
100ml minyak masak/ minyak jagung
beberapa jenis pewarna yang dibenarkan (una guna 3 je)

1. panaskan pengukus, sapu mentega pada dulang..
2.Ayak tepung dengan baking powder
3. masukkan semua bahan dalam mangkuk mixer termasuk tepung yang telah diayak tadi.kecuali minyak & pewarna..gaul sebati dengan menggunakan mixer 
4. masukkan minyak, bila dah sebati, bahagi sama banyak mengikut warna yang kita nak..
5. masukkan lapisan pertama dalam dulang..kukus 5-10minit..then buat lapisan ke dua, ke 3 & sampai habis..(ulang step yang sama)
6. sejukkan sebentar, then potong & sedia untuk di makan..

ok selamat mencuba..peace yooo..


Saturday, March 23, 2013

SEGALA YANG BERLAKU..


huh!!! Lama bebeno rasanya una tak menghupdate blog ni dik kerana kekangan masa yang amat suntuk dengan kerja-kerja berkaitan kekeluargaan..ceeewaah.. Nak update skit la pasal apa yang berlaku selama una menyepi ni..

1. BALIK KAMPUNG & CELEBRATE ANNIVERSARY
Balik kampung dua minggu lepas.. Alahamdulillah una hepi sangat dapat jumpa family semua..yang paling best, dapat hadiah dari en. asben sempena kitorang punya anniversary yang ke-2..nak tau tak una dapat hadiah pe?hehe..nak tau ke, xnak ke..nak gtau jugak.. dapat smartfon sony experia J je.. walaupun harganya tak beriban riban..tapi una tetap hargai jugak..coz I LOVE U my dear M.Husni Yusop..

2. ALIFF KENA CHICKEN POX
alahai anak mama kene chicken pox pulak..kesian mama tengok..siap ada ulser dalam mulut.dah tak lalu makan..Aliff sebelum ni tak pernah meragam beriya, bile demam ni dia meragam..Nak nyusu tak boleh sebab sakit mulut..Alhamdulillah..sekarang dah ok.

3. KURSUS SPA
Sabtu lepas una baru je selesai kursus SPA kat ILIM, Bangi..Walaupun penat, tapi enjoy dengan aktiviti yang dijalankan untuk peserta. Dengan bangganya en.asben jaga si bambam Aliff dari pagi sampai petang. Alhamdulillah, aliff pun faham & sporting..tak de meragam walaupun firsttime kne tinggal..

4. KEK LAPIS VERSI UNA
Alhamdulillah..una berjaya jugak buat kek lapis versi una dan dapat pujian dari en.asben & bapa mertua. Warnanya agak menarik.berkaler kali lagi..Aliff pun suke sebab warna warni.

Ni je yang una nak update untuk kali ni..Apa-apa pun..doakan kitorang sekeluarga sihat & bahagia selamanya serta dirahmati Allah..Aminnn..Jumpa lagi di next update..daaaa






Wednesday, February 20, 2013

Kenapa Senyap Je???!!!!


Dari tadi panggil Aliff... Aliff!! Aliff!!..senyap je dia..una panggil lagi..tiba-tiba dengar suara dia.. dengar punat kipas di tekan tekan..rupa nya Aliff ada dalam satu bilik kat umah ni..huhu..rupanya ada kerja yang Aliff buat..huhu

jom kita tengok apa yang aliff buat dalam bilik sorang-sorang

senyap-senyap una masuk dalam bilik tamu kat umah una ni..terkejut tengok Aliff macam ni..huhu
Pandai pulak dia buka drawer meja ni & masuk dalam drawer tu..

Sayang mama tak sedar lagi mama masuk & snap gambar kegiatan dia..
Aliff tak tau ke mama risau bahaya tergelincir ke ape.. 

tekan lagi Aliff..konon macam takde sape tengok Aliff kan..tup-tup Aliff pusing je tengok mama ada tengah pandang Aliff..Baru sedar mama perhatikan dia..hahhaha

dah dah Aliff..jom kuar..mama dah start marah..macam ni ke gaya anak mama takot bila mama marah Aliff..huhuhu..


ni la Aliff..bila dia senyap je tak kacau mama dia buat keje, mesti ada keje dia yang tersendiri yang dia buat..hehe..sekarang dah tetrjawab kenapa Aliff senyap je, takkacau mama buat keje..
Mama sayang Aliff
mmuuahh


ok ni je nak share..jmpa lagi 



Monday, February 18, 2013

selamat ulang tahun, sayang


Dah beberapa hari tak update blog..sempena birthday en.asben semalam, 
una update la si blog ni.

semalam 18hb en.asben sambut birthday yang ke-..... hehe..xleh gtau. ekceli takde celebrate sangat pun.. biasa-biasa je. maklumlah umo dah bertambah.. disebabkan kitorg ni jenais yang kurang suka makan kek, so, kitorg sambut dengan benda lain je lah..makan pizza je..ok jugak la..

ni gambar ihsan en.google je
tak sempat nak bergamba ngan pizza..cilok en.google punya gambar je lah..maaf ye en.google..hihi

Apepun una doakan agar en.asben tersayang sentiasa dimurahkan rezeki, sayang una & Aliff sesayang sayangnya, sentiasa mendapat rahmat & barakah daripada Allah SWT 

SELAMAT HARI LAHIR, abg..we love u so much..

ok ni je update kali ni..
daaaa
jmpa lagi next time

Wednesday, February 13, 2013

CNY di Alamanda


selamat petang All.. Lama jugak una tak update blog ni.. Teringin nak update, tapi masa tak mengizinkan. Hari ni ada skit masa ni, boleh le nak meng"update" aktiviti una sekeluarga selama tak update blog ni...

jom layan gambo aktiviti una sekeluarga sekitar Chinese New Year baru-baru ni di Alamanda, Putrajaya..jom!!!

Sampai je kat Alamanda ni, Aliff nampak bende alah ni..terus dia tunjuk & cakap "nak"..dah tak boleh nak elak, terpaksala layan jugak si Aliff ni..

muka kenyang..hehe

dah tak larat round dalam Alamanda tu, jalan kat luar pulak..Aliff terasa bebas

penat jalan-jalan..minum dulu..Air masak pun air masak lah..bantai je..asalkan boleh hilang dahaga..

Aliff teruskan misi nya..

Aliff dapat bolos dari tokwan..taknak di pegang-pegang..nak bebas

tiba-tiba mama Aliff intefrem pulak..huhu..

u all mesti penah pegi sini kan..Una bawa pn dah banyak kali jugak sampai sini, tapi kali ni bawa mak, ayah & adik pulak.

 


Monday, February 4, 2013

Perkataan harian Aliff "pandai"

salamat malam..hari ni una sangat bahagia dengan perkembangan Aliff..dia sangat berminat dengan buku..siap semalam pegi GIANT, dia pegang buku ABC bergambar terus taknak lepas-lepas lagi buku tu..dah kene belikan buku tu untuk dia. Balik je rumah asyik ngadap buku tu je..memang dia Aliff hargai betul buku pertama yang dia dapat.

Bangun je tidur pagi tadi saja-saja je una tanya dia "sape pandai, angkat tangan"..Aliff angkat tangan..seronok sangat.sebab selama ni una tanya, dia tak angkat tangan pun. Bila papa aliff balik, tak menyabar mama aliff gtau kat papa..bila papa Aliff tanya soalan yang sama, dia bagi respon yang sama..hepi sangat-sangat tengok tumbesaran Aliff yang amat memberansangkan..

jom layan gambo si Aliff..

baca buku, mata pandang ke lain..betul ke Aliff baca ni..hehe

dah boring ni pulak mainan dia..bedak mama dia pulak jadi sasaran..dah tu buat muka tak bersalah

merajuk kejap..kena marah ngan mama

ni pic hari lain..still dengan buku..Majalah mama pun Aliff baca ea..

ok ni je nak share..

tq sudi baca

Thursday, January 31, 2013

Berakhirnya sebuah penantian


Alhamdulillah..semuanya dah selamat sampai.. Ni berkat push orang kedai tu la.. Baru la nak buat keje betul betul.. Pagi tadi area pukul 11 lebih macam tu una call semula orang kedai barang elektrik yang una bli barang tu, dan dan tu la jugak dia call staff suruh ambil & hantar barang kat rumah una. Bukan sesaje nak push diorang, tapi kalau tak push, slow je diorang.. Sepatutnya barang sampai semalam (rabu), tapi tak sampai sampai jugak..kite ni ternanti nanti kat umah nih. Tak lama lepas tu diorang call una balik, gtau yang diorang nak hntar barang kat rumah..okey..baru la boleh tersenyum lebar lebar..

Dalam pukul 1pm lebih macam tu pekerja kedai tu datang rumah antar barang yang una beli..kesian pulak tengok uncle uncle ni..dah agak berumur, still lagi buat kerja berat cenggini..huhu..(prihatin gilerrr..ngeeeeee) satu satu uncle ni bawa masuk..mula mula peti ais..



then, mesin basuh ni


lepas mesin basuh, tv pulak..

uncle tu tlg setting ape ape yang patut..


ni je la tiga barang yang una beli.. Harap harap ok la..by the way, thank to en.asben tersayang sebab belikan semua ni..thanks jugak kepada uncle-uncle yang membanting tulang ngangkat barang-barang ni sume yang berat-berat sangat.. Maka berakhirlah penantian una selama beberapa minggu ni..hehe..

okeylah..ni je nak update..daaa..

Monday, January 28, 2013

tipu..xleh pecaya lah..

Nak tau x..tiga minggu lepas una pegi courts sebab ada nak bli barang rumah..ok..dah chek kelayakan ape semua, Alahmdulillah..lulus..dah siap pilih barang & buat dokumentation ape sume, orang tu cakap tunggu dalam masa dua minggu..hari hari la una ni berangan dapat barang rumah tu..dah ngam ngam seminggu tunggu, tiba tiba en. asben dapat mesej dari courts yang kitorang punya pembelian tu tak lulus..adoyaiii..bapak punya sengal la servis courts ni..sakit pulak hati..
Tapi mungkin ada hikmah nya jugak la kot..sebab baru tiga barang tu una beli, dia punya intres dah mencecah RM 8 ribu lebih..mahal sesangat..dah tu una tanya orang lain pun, diorang cakap memang mahal sangat sangat barang kat courts..lagi better beli kat kedai biasa je..
Last last dah sakit kepala dengan courts ni, una n en.asben pegi je kedai barang elelktrik yang biasa je..senang cite..una beli peti ais 2 pintu, mesin basuh fully auto & tv..baru lebih kurang RM3k..kalau nak dibandingkan dengan beli kat courts tu..banyak bezanya..
Memang una malas lagi dah nak beli2 barang kt courts lagi dah..dah la servis tak seberapa, riba je lebih..hampeh..

Tuesday, January 22, 2013

moving out part 2

ahad - 20/01/13
terpaksa update hari ni sebab semalam busy & penat sangat2. Semalam bangun je subuh..lepas solat, terus mulakan misi mengemas barang barang akak.. Alang kepalang terus kemaskan barang, pindahkan perabut bilik tidor ke bilik master n kemas mengmas apa apa yang patut.

harini just makan megi je. Adik ipar buatkan.. Dah petang, keluar pulak, pegi beli mesin basuh, TV & peti ais.. Then, baru pegi cari makan..isi perut. Penat sangat. Rumah Still berhabuk.. Memandangkan badan dah xlarat sangat, esok je la sesi mengemop lantai & lap habuk habuk yang ada.

isnin - 21/01/13

hari ni seperti yang dijanjikan, sesi mengemop & mengelap segala encik2 habuk & kotoran.. Menandangkan my cayang encik asben dah keje, terpaksala una buat sorang sorang aktiviti yang sangat hapening nih..huhu..Aliff pulak tido nyenyak sangat pagi ni, sampaikan papa dia pegi keje pun dia xbangun bangun lagi.. Lewat pulak dia bangun.. Maybe Aliff nak bagi peluang mama buat keje dengan tanang & aman..

Dah siap mop lantai, time masak untuk makan..masak dulu ler kalau nak makan. Dah siap masak, baru aliff bangun.. Senang keje hari ni.. 


Friday, January 18, 2013

Move out - part 1


Hari ni weekend..mak long & mak- mak sedara Aliff yang lain tengah sibuk kemas barang -barang yang nak bawa ke rumah baru dia. una ni nak je tolong kemaskan jugak..tapi si Aliff meragam, ngantuk agaknya.. Jap jap lagi lah tolong.Bagi si aliff tido dulu, senang nak buat keje.

Esok (20 Jan 2013) diorang dah nak pindahkan barang barang sume. Harap sume berjalan lancar. Penat jugak nak pindah pindah bagai nih. Ape boleh buat, masing masing dah ada hidup sendiri, rumah tangga sendiri.. Terpaksa la tabahkan diri cekalkan hati jugak untuk kemas mengemas nih..leceh kan..huhuhu.. Nasaib baik lah ramai yang tolong, klau tak, memang leh pengsan..

Una yang stay kat rumah ni pun terasa jugak penatnya sebab nanti bila barang barang akak ipar una dah kuar, tinggal barang barang una je, time tu lah nampak itu ini takde & kene beli baru.. yang jelas jelas kene beli baru, mesin basuh, almari dapur yang dah tersangat uzur tu, peti ais & tv..huhuhu..parah la my love en asben nak beli sume barang tu.. Boley botak kepala asben den kalau cenggini.. Dulu tak beli sebab akak memang dah ada sume tu, dan kalau beli tak tau mana nak letak..huhuhu.. Una harap sume berjalan lancar.. Bak kata en asben,"rezeki dimana mana..duit boleh diccari..jangan fikir sangat, ni tanggung jawab abang.. Pandai pandai la abang usahakan nanti"..

Apepun sekarang ni fokus pada nak kemas mengemas dulu.. Yang lain nanti nanti pun boleh.. Jom! sesape yang nak tolong.. Moh lew ramai ramai meriahkan rumah kitorang..hehehe..


Monday, January 14, 2013

Duhai Kampung Halaman


Hai..malam ni just nak update skit pasal balik kampung 2 hari lepas..Dik kerana rindukan sangat family & kampung halaman nun jauh di sana, en. asben bawa juga si wife yang cute nih balik kampung. Pukul 10pm gerak dari kl & alhamdulillah sampai di kampung pukul 4am.

Cuti 2 hari je, gigih betul nak balik.. Siap pegi cari barang2 untuk rumah sendiri lagik kat kampung..konon-kononnya murah la..ekceli bukan saja-saja balik, disamping melawat parent, una ada tempah langsir untuk rumah kat KL nih..maklum la, tak lama lagi dah nak mula berdikari bersama suami & anak tersayang je.. So, kene la buat persiapan skit..semangat betul..hehe.. Dah lama tunggu saat-saat macam ni..alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa una selama ini..Harap semuanya berubah ke arah yang lebih baik..aminnn

Sekarang ni kat kampung una ada cempedak di luar pagar yang masak di luar musim..semapt la jugak merasa makan cempedak goreng yang mak buat..siap tapau bawak balik KL lagi..memang best. Si aliff pulak sibuk melawat kawasan. Habis keliling rumah dia teroka.. penat kejar dia..langsung tak duduk diam..seronok sangat aliff dapat balik kampung

2 hari berlalu, rasa sekejap sangat kat kampung..xpuas laggi hilangkan rindu kat kampung dah kena balik KL semula...




Saturday, January 5, 2013

Produk SRG merubah tone kulit dengan izin-Nya

memandangkan hari ni tade pe mende yang best berlaku..so, una decide nak share2 la pasal produk kecantikan yang una guna sekarang ni.. Ntah kenapa sekarang ni una "obses" sangat ngan produk kecantikan ni..hehe.. Mungkinkah disebabkan oleh kulit mukaku yang teramat memerlukannya or saja suku2 abiskan duit suami..hehehe..abaikan jew..

ekceli una nak share pasal produk safi RANIA GOLD yang una pakai sekarang.. Alahmdulillah, ade jugak perubah pada kulit muka una ni.. sebab lepas besalin hari tu una tengok kulit muka una start jadi kusam, kulit kering gitu.. So, disebabkan jelez ngan kulit cik Ta (Rozita che Wan) yang cun melecun tuh, una pun terpengaruh jua dengan produk ni..

(Gambar hiasan: ehsan dari en.google)

Masa first2 una guna, una just guna pencuci, pelembap & krim kecantikan je. Ape yang terjadi???
ini hasilnya
"
"
"
"
V


Bukan nak cakap kosong la kan..kulit una dah start nampak glow2 gitu..kan..kan..kan..kasi puji la skit..wahahaha..

so, sekarang una tambah lagi produk SRG ni iaitu scrub & BB cream..BB cream ni ekceli baru pegi beli tadi..hehe..Tak sempat pakai lagi pun.. Scrub pulak una beli sebab masa ikot en.asben buat facial hari tu, orang tu cakap kna pakai at least 2 kali seminggu untuk elakkan kulit kusam.. So, try je la..

Wokeh.. u all mesti nak tengok perubahan yang berlaku kan..
Jom tengok
"
"
"
"
"
V
ni la hasilnya.. hasil 3bulan penggunaan SRG..

kat bawah ni pulak gambar una sebelum guna SRG & selepas bersalin


kulit kusam & gelap..tona kulit tak sekata siap ada eye-back lagi..pakej!!!
malu tengok gambar semdiri..huhu..

una rasa produk ni sesuai ngan una..so, InsyaAllah una akan konsisten istiqamah suna produk ni..ceeewaahhh..ala-ala testimoni gitu.

ok lah..cukup lah tu..
Thank SRG.. lebiew..

daaa..selamat mencuba kepada sesape yang masih lagi mencari produk untuk di tenyeh2 pada muka anda..

sekian..wassalam  




✿ Tabung Aliff ✿