✿ Derma ikhlas ✿

Monday, June 24, 2013

Alhamdulillah..rezeki


hai semua..hari ni una baru rasa agak sihat. ekceli dah lama jugak una terbaring je..pening kepala tak boleh tengok fon, laptop & tv.. en asben mula rasa risau sebab terbaring je. So, dia bawa una gi klinik.

Alhamdulillah.. rezeki lagi..una dapat berita baik, In shaa Allah Aliff akan dapat adik..hehehe.. Sekarang ni lebih kurang 9 minggu dah kandungan una. Akhirnya baru tau punca una terbaring pening selama ni..

harap sesape yang terjah blog una ni, doakan una cepat keluar dari "morning sickness" ni cepat cepat tau..doakan jugak una dan baby sihat..

ok lah..ni je una nak share..jmpa lagi next time.. Daaaa

Wednesday, May 29, 2013

sepi..kusam..suram..


Alahai..ntah kenapa la una ni malas sangat nak update blog sejak dua menjak ni..adoiyaiii..
Ya Allah, kuatkan semangat una untuk update blog supaya tak suram, kusam dan sebagainya..huhu

nak gosipnye malam-malam gini pasal una sekeluarga je..
xnak gosip pasal orang lain..
dosa tau klau gosip pasal orang lain..hehe

1stly gosip pasal una bersama en.asben n lovely son, Aliff pegi jalan-jalan ke Melaka..
Habis fikir mati kutu tak tau weekend nak gi mana, so una deside nak g melaka..
gerak malam, sampai sana, gi zoo melaka dulu..konon  nak bawa aliff tengok haiwan-haiwan & binatang bagai, tapi tak banyak yang boleh tengok sebab malam & gelap.
Lepas tu gi makan kat umbai ikan bakar, then menginap kat de' village resort, ayer keroh..
Esoknye, tak tau nak gi mana, una call member una, ajak dia guide kitorg jalan2 area melaka..siap dia bawa gi makan coconut shake yang fames sangat kat melaka tu.. 
Lepas dah kenyang, hari pun dah petang, gerak balik KL..

ni la lobi resort tempat una menginap masa kat melaka.
(ihsan en.google)


2nd gosip
weekend minggu ni, memang takde plan nak gi mana pun, lepak umah je..tup-tup una punya father in law ajak pegi telok intan rumah bapak saudara en.asben..sakit..sepanjang weekend dkat sane, siap jalan-jalan kat pekan telok intan..huhu.
tapi bukan nak cakap la, panas sangat kat sana.
sampai aliff yang tak pernah ada ruam, boleh jadi ruam, merah-merah badan dia..kesian betul anak mama..

ok la..tak next time una update lagi ek..doakan una supaya sentiasa rajin update blog ni supaya tak suram & kusam..hehe
u all yang tau cara nak elakdari blog kusam & suram, bleh bagi cadangan di ruang komen ek

ok jmpa lagi



Tuesday, May 14, 2013

Masa yang Ada ~~~

selamat malam semua..malam ni kne jugak curi masa untuk update blog ni. Rasa dah lama sangat tak update dan tak blog walking..huhu.angkara kekangan masa..hoho..kununnye busy la sangat..
aktiviti seharian yang membuatkan kite jadi terlalu leka sampai tak sempat nak berblogging bagai..minggu mengundi, una bukan sibuk dengan pancing undi bagai, just balik kampung selama seminggu meninggalkan en.asben tersayang tinggal di KL ni..
hari-hari biasa sibuk dengan melayan si kecik Aliff  yang sangat manja ni..huhu..si En asben pulak busy dengan keje dia.. Last weekend sempat la luangkan masa bawa si Aliff jalan-jalan naik bukit tinggi.. Walau pun dekat je, tapi tetap rasa terisi sangat..



ni je gambar yang sempat una nak upload kat sini..


ok next time jumpa lagi ek..tq for reading..daaaa

Saturday, April 27, 2013

hepi birthday to you all berdua

Ehemmm..ehem.. Dah banyak hari jugak tak update blog ni. Alahamdulillah Aliff dah ok dari batuk berkahak tu. Ni Aliff takde kat umah..ikot papa dia kluar..mama kat umah amik skit masa terluang yang ada ni untuk update serba skit yang patut kat blog ni.. ada masa nanti, BW plak..In Shaa Allah..
ekceli tak tau nak update pe..jom layan gambo celebrate birthday cousin & adik ipar kat KFC carrefour Ampang

jom layannnn....

dah nama pun celebrate kat KFC, mesti ada la si Chikie ni

birthday boy & girl .. kembar mak lain, bapak asing & lain hari



potong kueh nya..potong kueh nya..pootong kuehnya sekarang..lalalala~~

my lovely heroes..muahh

Chickie jalan2..jumpa tamu

OMG..my lovely son takut tengok ayam besar..




with my lovely heroes

peace!!!!

sebahagian sedara mara yang datang meriahkan birthday party budak-budak ni..

tu je lah serba sikit yang una sempat update buat masa ni..
jumpa lagi..
daaaa..

Wednesday, April 10, 2013

~ Aliff Demam ~

9 April 2013
Siang hari Aliff aktif macam biasa. Malam pun sama..Lepas una bagi tidur tu, ok je..tiba-tiba Aliff terjaga malam nak susu, una bagi, dia macam nak muntah.. Dalam hati dah mula rasa pelik.. Aliff meragam sampai muntah-muntah.. Lepas muntah, dia ok.. Dah boleh tidur macam biasa.

10 April 2013
Pagi ni Aliff bangun macam biasa jugak. Tapi batuk.. Sebab rasa tak sedap hati, una ajak en.asben pegi amik ubat dulu sebelum en.asben masuk keje.. Doc cakap mungkin sebab cuaca yang tak menentu sekarang ni.. Dah Balik, makan ubat, petang nafas ada bunyi-bunyi kahak & agak laju.. Tapi aliff still lagi aktiff.. banyak meleter walaupun nafas dah macam semput.. 

una call en.asben ajak bawa gi klinik lagi, lps amik NAb, ok skit.. Balik rumah ada pulak bunyi nafas tu..Haduuuhhh..susah hati betul la.. Lps maghrib bawa g klinik lagi, doc just bagi NAb, then doc suruh datang amik nab lagi pagi esok (11/4/13)..

Dah pukul 11 nafas Aliff laju jugak.. Kali ni bawa g Hospital Selayang pulak.. Doc cakap batuk biasa je, bukan athma.. 2 kali bagi NAb pun masih ada bunyi jugak.. Tapi Aliff dah meraung-raung nak keluar dr bilik rawatan tu..dah bawa keluar, siap tunjuk arah kereta.. Dah mati-matian tak nak masuk lagi bilik rawatan..so, una bawa g kat kereta, terus berenti menangis & tido sampai orang yang nak chek Aliff tu kne datang chek kat kereta..huhu..

dah sampai rumah, Alhamdulillah Aliff agak "boleh".. Terjaga pukul 4 pagi, menangis..una sentuh badan dia, demam la pulak. Terus bagi ubat demam, then lepas tu tido sampai pagi.. hope Aliff xde ape-ape & cepat sembuh.. 
Aunty-aunty, uncle-uncle semua, doakan Aliff cepat sembuh ek

Wednesday, April 3, 2013

fon dalam washing machine


ekceli insiden ni jadi hari ahad last week..ni baru sempat nak update kat soi blog kesayangan ni..citenye macamni..mulanya adik asben mintak nak main game kat fon asben una la..last last bateri nak abis, dia letak je atas meja tv tu..then, en.asben pegi surau sembahyang isyak..dia balik dari surau je, tetiba tanya una "fon abg mana ek..nampak x?' una pun jawab "ntah..tak nampak pun..tadi ada kat tv tu,,cce tengok kat tv..sambil tengok2 kat tv tu en asben cakap "takde pun"..rasa cuak pun mula timbul sebab aliff si kecik sepupu dia ni suka sangat campak barang ke bawah..masing masing melilau satu rumah cari fon..

Dah lama cari tak jumpa jumpa jugak..en asben siap turun bawah tengok tengok kalau kalau budak budak ni campak ke bawah, tapi takde jugak..last last biras una nak sidai baju,dia amik baju dari washing machine, terkejut giler bila tengok "merah" je dalam tu..dia ambil skali, tengok2 fon en asben...huhu..dah tido talena malam tu

Wednesday, March 27, 2013

Kek Lapis Versi uNa

Last week una ada buat entry pasal una buat kek lapis versi una..tapi malangnya tak sempat nak ambil gambar..alangkah sedeynye..Dah tu ada pulak yang request nak tengok gambar kek lapis tu..untuk tidak menghampakan permintaan tersebut, una buat la semula kek tu..
jom kita tengok, santik tak kek lapis una..hehe


haaa..ni dia kek lapis versi una..cun kan kaler dia..huhu..puji sendiri je la..tak kan nak tunggu orang lain puji kan?kan?kan? ini una buat setengah adunan je sebab makan bertiga je..tak ramai pun..

Ni haaa..kek bila dah dipotong..w/pun ada kecacatan disebabkan kecuainan una, tapi, rasanya sangat sedap..yum..yum..


tu dia..my hero dah rasmi dulu kek mama dia..sedap le tu klau aliff ni makan..maklumla..si budak kecik ni memilih skit bab2 makanan ni..Klau dia tak suka, dia terus "uwekkk" je..memang tak banyak cakap dah..

tengok..si kecik Aliff tengah layan makan kek, panggil nak snap gambar pun, dia dah buat tak tau..

ok..kek dah tengok..so, sekarang kita tengok resepinye pulak..

BAHAN-BAHAN :-
5biji telur (dari peti ais)
2cwn tepung gandum
1/2 cwn gula (leh tambah or kurangkan)
1sb ovallete
1sk baking powder
150ml susu cair
1sk esen vanilla
secubit garam
100ml minyak masak/ minyak jagung
beberapa jenis pewarna yang dibenarkan (una guna 3 je)

1. panaskan pengukus, sapu mentega pada dulang..
2.Ayak tepung dengan baking powder
3. masukkan semua bahan dalam mangkuk mixer termasuk tepung yang telah diayak tadi.kecuali minyak & pewarna..gaul sebati dengan menggunakan mixer 
4. masukkan minyak, bila dah sebati, bahagi sama banyak mengikut warna yang kita nak..
5. masukkan lapisan pertama dalam dulang..kukus 5-10minit..then buat lapisan ke dua, ke 3 & sampai habis..(ulang step yang sama)
6. sejukkan sebentar, then potong & sedia untuk di makan..

ok selamat mencuba..peace yooo..


Saturday, March 23, 2013

SEGALA YANG BERLAKU..


huh!!! Lama bebeno rasanya una tak menghupdate blog ni dik kerana kekangan masa yang amat suntuk dengan kerja-kerja berkaitan kekeluargaan..ceeewaah.. Nak update skit la pasal apa yang berlaku selama una menyepi ni..

1. BALIK KAMPUNG & CELEBRATE ANNIVERSARY
Balik kampung dua minggu lepas.. Alahamdulillah una hepi sangat dapat jumpa family semua..yang paling best, dapat hadiah dari en. asben sempena kitorang punya anniversary yang ke-2..nak tau tak una dapat hadiah pe?hehe..nak tau ke, xnak ke..nak gtau jugak.. dapat smartfon sony experia J je.. walaupun harganya tak beriban riban..tapi una tetap hargai jugak..coz I LOVE U my dear M.Husni Yusop..

2. ALIFF KENA CHICKEN POX
alahai anak mama kene chicken pox pulak..kesian mama tengok..siap ada ulser dalam mulut.dah tak lalu makan..Aliff sebelum ni tak pernah meragam beriya, bile demam ni dia meragam..Nak nyusu tak boleh sebab sakit mulut..Alhamdulillah..sekarang dah ok.

3. KURSUS SPA
Sabtu lepas una baru je selesai kursus SPA kat ILIM, Bangi..Walaupun penat, tapi enjoy dengan aktiviti yang dijalankan untuk peserta. Dengan bangganya en.asben jaga si bambam Aliff dari pagi sampai petang. Alhamdulillah, aliff pun faham & sporting..tak de meragam walaupun firsttime kne tinggal..

4. KEK LAPIS VERSI UNA
Alhamdulillah..una berjaya jugak buat kek lapis versi una dan dapat pujian dari en.asben & bapa mertua. Warnanya agak menarik.berkaler kali lagi..Aliff pun suke sebab warna warni.

Ni je yang una nak update untuk kali ni..Apa-apa pun..doakan kitorang sekeluarga sihat & bahagia selamanya serta dirahmati Allah..Aminnn..Jumpa lagi di next update..daaaa






Wednesday, February 20, 2013

Kenapa Senyap Je???!!!!


Dari tadi panggil Aliff... Aliff!! Aliff!!..senyap je dia..una panggil lagi..tiba-tiba dengar suara dia.. dengar punat kipas di tekan tekan..rupa nya Aliff ada dalam satu bilik kat umah ni..huhu..rupanya ada kerja yang Aliff buat..huhu

jom kita tengok apa yang aliff buat dalam bilik sorang-sorang

senyap-senyap una masuk dalam bilik tamu kat umah una ni..terkejut tengok Aliff macam ni..huhu
Pandai pulak dia buka drawer meja ni & masuk dalam drawer tu..

Sayang mama tak sedar lagi mama masuk & snap gambar kegiatan dia..
Aliff tak tau ke mama risau bahaya tergelincir ke ape.. 

tekan lagi Aliff..konon macam takde sape tengok Aliff kan..tup-tup Aliff pusing je tengok mama ada tengah pandang Aliff..Baru sedar mama perhatikan dia..hahhaha

dah dah Aliff..jom kuar..mama dah start marah..macam ni ke gaya anak mama takot bila mama marah Aliff..huhuhu..


ni la Aliff..bila dia senyap je tak kacau mama dia buat keje, mesti ada keje dia yang tersendiri yang dia buat..hehe..sekarang dah tetrjawab kenapa Aliff senyap je, takkacau mama buat keje..
Mama sayang Aliff
mmuuahh


ok ni je nak share..jmpa lagi 



Monday, February 18, 2013

selamat ulang tahun, sayang


Dah beberapa hari tak update blog..sempena birthday en.asben semalam, 
una update la si blog ni.

semalam 18hb en.asben sambut birthday yang ke-..... hehe..xleh gtau. ekceli takde celebrate sangat pun.. biasa-biasa je. maklumlah umo dah bertambah.. disebabkan kitorg ni jenais yang kurang suka makan kek, so, kitorg sambut dengan benda lain je lah..makan pizza je..ok jugak la..

ni gambar ihsan en.google je
tak sempat nak bergamba ngan pizza..cilok en.google punya gambar je lah..maaf ye en.google..hihi

Apepun una doakan agar en.asben tersayang sentiasa dimurahkan rezeki, sayang una & Aliff sesayang sayangnya, sentiasa mendapat rahmat & barakah daripada Allah SWT 

SELAMAT HARI LAHIR, abg..we love u so much..

ok ni je update kali ni..
daaaa
jmpa lagi next time

Wednesday, February 13, 2013

CNY di Alamanda


selamat petang All.. Lama jugak una tak update blog ni.. Teringin nak update, tapi masa tak mengizinkan. Hari ni ada skit masa ni, boleh le nak meng"update" aktiviti una sekeluarga selama tak update blog ni...

jom layan gambo aktiviti una sekeluarga sekitar Chinese New Year baru-baru ni di Alamanda, Putrajaya..jom!!!

Sampai je kat Alamanda ni, Aliff nampak bende alah ni..terus dia tunjuk & cakap "nak"..dah tak boleh nak elak, terpaksala layan jugak si Aliff ni..

muka kenyang..hehe

dah tak larat round dalam Alamanda tu, jalan kat luar pulak..Aliff terasa bebas

penat jalan-jalan..minum dulu..Air masak pun air masak lah..bantai je..asalkan boleh hilang dahaga..

Aliff teruskan misi nya..

Aliff dapat bolos dari tokwan..taknak di pegang-pegang..nak bebas

tiba-tiba mama Aliff intefrem pulak..huhu..

u all mesti penah pegi sini kan..Una bawa pn dah banyak kali jugak sampai sini, tapi kali ni bawa mak, ayah & adik pulak.

 


Monday, February 4, 2013

Perkataan harian Aliff "pandai"

salamat malam..hari ni una sangat bahagia dengan perkembangan Aliff..dia sangat berminat dengan buku..siap semalam pegi GIANT, dia pegang buku ABC bergambar terus taknak lepas-lepas lagi buku tu..dah kene belikan buku tu untuk dia. Balik je rumah asyik ngadap buku tu je..memang dia Aliff hargai betul buku pertama yang dia dapat.

Bangun je tidur pagi tadi saja-saja je una tanya dia "sape pandai, angkat tangan"..Aliff angkat tangan..seronok sangat.sebab selama ni una tanya, dia tak angkat tangan pun. Bila papa aliff balik, tak menyabar mama aliff gtau kat papa..bila papa Aliff tanya soalan yang sama, dia bagi respon yang sama..hepi sangat-sangat tengok tumbesaran Aliff yang amat memberansangkan..

jom layan gambo si Aliff..

baca buku, mata pandang ke lain..betul ke Aliff baca ni..hehe

dah boring ni pulak mainan dia..bedak mama dia pulak jadi sasaran..dah tu buat muka tak bersalah

merajuk kejap..kena marah ngan mama

ni pic hari lain..still dengan buku..Majalah mama pun Aliff baca ea..

ok ni je nak share..

tq sudi baca

Thursday, January 31, 2013

Berakhirnya sebuah penantian


Alhamdulillah..semuanya dah selamat sampai.. Ni berkat push orang kedai tu la.. Baru la nak buat keje betul betul.. Pagi tadi area pukul 11 lebih macam tu una call semula orang kedai barang elektrik yang una bli barang tu, dan dan tu la jugak dia call staff suruh ambil & hantar barang kat rumah una. Bukan sesaje nak push diorang, tapi kalau tak push, slow je diorang.. Sepatutnya barang sampai semalam (rabu), tapi tak sampai sampai jugak..kite ni ternanti nanti kat umah nih. Tak lama lepas tu diorang call una balik, gtau yang diorang nak hntar barang kat rumah..okey..baru la boleh tersenyum lebar lebar..

Dalam pukul 1pm lebih macam tu pekerja kedai tu datang rumah antar barang yang una beli..kesian pulak tengok uncle uncle ni..dah agak berumur, still lagi buat kerja berat cenggini..huhu..(prihatin gilerrr..ngeeeeee) satu satu uncle ni bawa masuk..mula mula peti ais..



then, mesin basuh ni


lepas mesin basuh, tv pulak..

uncle tu tlg setting ape ape yang patut..


ni je la tiga barang yang una beli.. Harap harap ok la..by the way, thank to en.asben tersayang sebab belikan semua ni..thanks jugak kepada uncle-uncle yang membanting tulang ngangkat barang-barang ni sume yang berat-berat sangat.. Maka berakhirlah penantian una selama beberapa minggu ni..hehe..

okeylah..ni je nak update..daaa..

✿ Tabung Aliff ✿