✿ Derma ikhlas ✿

Thursday, December 16, 2010

Tips ErAtKaN HuBuNgAn

Hai..
Di petang yang sejuk ni una nk kongsi skit ar tips supaya kita saling menyayangi pasangan kita..heheh..walau pun xkwin lagi..bukan pe, utk dipraktikkan bila dh kwin nnti..una yakin sstgh org yang dh berumahtangga tidak bahagia dengan pasangan masing2..semua 2 ada hikmahnya dan ada jalan penyelesaian tertentu..


banyak gak ar kes2 masalah suami isteri yang una terbaca dlm intenet, mjlh dan sebagainya..jadi kita sama ar seboleh2nya cuba untuk elak dari berlaku masalah hubungan suami isteri dalam alam berumah tangga..hik3x..mcm dh kwin lak..ni sekadar nk share2 je tips untuk eratkan hubungan suami isteri.. :-)


1- PERSEFAHAMAN & SALING BERTOLAK ANSUR
Sikap saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain adalah tonggak utama dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Sikap ini perlu dipupuk sejak sebelum berumahtangga lagi.


2- BERTERUS TERANG & BERSIKAP TERBUKA
Sikap berterus terang penting dalam rumahtangga kerana sekiranya pasangan suami isteri mengamalkan sikap suka menyembunyikan sesuatu secara tak lgsg boleh merenggangkan hubungan. tetapi perkara yang telah berlalu yang yang difikirkan tidak perlu didedahkan,perlu dielakkan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.




3- MENGHARGAI PASANGAN
Sikap ini perlu diwujudkan dalam kehidupan berumahtangga kerana pasangan akan rasa gembira dan dihargai oleh insan yang disayangi. Contohnya, ssekali kita belikan hadiah untuknya, ingat tarikh2 penting dalam hidup dia dll.


4- BERI PERHATIAN SEWAJARNYA 
Sometimes suami isteri perlukan perhatian antara satu sama lain walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing..




5- SALING MENGHORMATI
Terutamanya bila dalam ssuatu situasi yang memerlukan pandangan atau pendapat, ada masa tertentu, suami juga perlu menerima pendapat dan pandangan isteri. Sikap saling menghormati akan mewujudkan rasa hormat isteri kepada pasanagnnya.

6- BELAJAR MENYESUAIKAN DIRI DENGAN RAKAN PASANGAN
Seharusnya kita perlu bijak untuk menyesuaikan diri dengan member pasangan kita walaupun kita baru sahaja mengenali mereka.

7- SALING MEMPERCAYAI
Sikap ini penting dalam menjaga kerukunan berumahtangga kerana tanpanya kehidupan berumahtangga akan rosak dan hubungan suami isteri akan menjadi renggang.

8- ANAK 
Salah satu faktor yang boleh menyebabkab hubungan suami isteri menjadi lebih erat dan mesra adalah anak2 (cahaya mata).. Ada pepatah mengatakan "Anak-anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri"..



sama-samalah kita berusaha ke arah kebahagiaan dan memperbaiki segala kekurangan yang ada di dalam hubungan yang telah kita jalinkan.






3 comments:

  1. Insya Allah akan dipraktikkan.hehe

    ReplyDelete
  2. sila amik tag.kena join ga tu gak..paksa ni..akeke

    ReplyDelete
  3. sila amik tag lagi..doh banyok tag ni.sila amik..hehe :P

    ReplyDelete

✿ Tabung Aliff ✿